Celebrity terkenal seperti Brad Pitt, Gwyneth Paltrow, Calista Flockhart, Kate Moss, Bruce Lee mempunyai bentuk badan begini.
Realiti Bentuknya:
- Kurus
- Saiz bahu kecil
- Dada yang pipih atau tidak bidang
- Tulang yang ringan
- Kurang otot
- Mempunyai sendi yang kecil
- Tangan dan kaki agak panjang
- Bertubuh langsing
- Tidak tegap
- Masih mempunyai masalah selulit dan kegelemberan (flab) dimana peratus lemak meningkat disebabkan mereka sukar membina otot.
Kesimpulannya:
Mereka yang mempunyai bentuk tubuh seperti ini tidak berapa kuat atau gagah. Akan mengalami kesukaran untuk membina kemantapan dan kepadatan otot. Mereka dari jenis Ectomorph ini sukar untuk membina berat badan.
Latihan dan Diet:
Motif utama anda ialah untuk menambah berat badan, kekuatan dan kepadatan otot...jadi anda amat perlu menjaga nutrisi diet dengan konsisten. Anda juga perlu fokus kepada latihan menambah berat badan dan sekaligus menambahkan kepadatan otot. Penting untuk anda melakukannya secara konsisten untuk mendapatkan keputusan yang baik. Jika sebaliknya anda akan kehilangan segalanya. Latihan yang paling sesuai untuk anda fokuskan ialah latihan angkat berat dan senaman menguatkan cardio.
Copyright:RSHor and Dothemikross Fitness Team
Body type photo : muscleandstrength.com