PERUT BUNCIT? SEGERALAH DAPATKAN BEAUTISLEEP DAN PROTECUR100 DARIPADA ROSS SAFINA HOR - 012 410 2368

KLIK BANNER DI BAWAH UNTUK MENGETAHUI LANGKAH SETERUSNYA

PENGEDAR DIPERLUKAN SEGERA UNTUK PRODUK BEAUTISLEEP, NEIBAC5 DAN PROTECUR100

Tuesday, July 13, 2010

3 KESALAHAN SENAMAN SELALU DILAKUKAN OLEH WANITA MENJADIKAN BERAT BADAN SUSAH MENURUN DAN MENGECEWAKAN JIKA MATLAMAT TIDAK KESAMPAIAN


Kebanyakan wanita membuat 3 kesalahan bersenam mengakibatkan latihan mereka tidak efektif langsung untuk tujuan menurunkan berat badan. Kadang-kadang saya simpati melihat mereka ini yang cuba bertungkus lumus melakukan senaman dimana mereka sendiri tidak tahu samada ianya akan memberi manfaat untuk menurunkan berat badan mereka atau sebaliknya. Itulah yang menyebabkan mereka ini tidak bertahan lama atau cepat putus asa untuk melakukan senaman. Konflik dengan diri sendiri dan tewas dengan diri sendiri.

Jadi, untuk mengelakkan keadaan ini berlaku... saya ingin menerangkan 4 kesalahan utama yang perlu dielakkan supaya penurunan berat badan menjadi lebih mudah,cepat dan berkesan. Keputusan yang anda perolehi daripada senaman yang betul akan menambahkan semangat anda untuk melakukannya lebih kerap, tenang dan bahagia tanpa sebarang tekanan emosi.

Kesalahan Latihan Senaman
1. Berjalan
Berjalan adalah bagus dan ia membantu untuk kesihatan, tetapi jika bertujuan untuk menurunkan berat badan dengan cepat, ianya tidak cukup untuk memberi kesan yang positif. Berhentilah melakukan senaman begini. Apa yang saya maksudkan ini adalah jika anda berjalan di treadmill yang mendatar atau jalan yang rata.
  • SALAH!
Untuk membuat latihan senaman dengan cara berjalan untuk menghilangan lemak, anda PERLU berjalan seperti menaiki cerun yang agak tinggi sedikit. Saya menyarankan supaya anda menggunakan treadmill dan set untuk lebih tinggi dan tidak rata lantainya. Kecenderungan itu adalah 15-20 darjah. Kemudian anda berjalan di atasnya untuk 20, 25 atau 30 minit setiap kali anda di atasnya.

Meskipun perubahan itu TIDAK banyak , ia dapat memberi perbezaan SANGAT BESAR untuk tubuh anda. Kesimpulan yang ingin saya terangkan disini adalah, satu perubahan yang kecil dapat menjadikan senaman berjalan menjadi lebih cepat 3-5 kali untuk menurunkan berat badan.


2. Menggunakan Basikal Exercise(Exercise Bike)
Jika anda menggunakan posisi duduk untuk bersenam, maka itu TIDAK BERKESAN untuk latihan Menghilangan Berat Badan dengan cepat dan tepat. Sama sekali tidak sesuai. Tubuh kita tidak dijadikant untuk duduk. Ia dijadikan untuk berdiri dan bergerak. Apabila anda duduk, anda terkunci dalam kedudukan yang tidak ideal untuk menurunkan berat badan. Jika tujuan utama anda adalah untuk menurunkan berat badan, sebaiknya ia dilakukan sambil berdiri!

3. Jogging
Jogging mengurang otot dalam tubuh seseorang. Ini amat merugikan anda kerana otot berupaya membakar lebih banyak lemak daripada lemak didalam tubuh. Jadi, jika anda kehilangan atau kekurangan otot dalam badan, secara tidak langsung anda melambatkan metabolisme badan sendiri. Cara yang lebih baik untuk memastikan hal ini tidak berlaku adalah dengan menukar tahap kekuatan/intensiti antara berlari dan berjalan.

Kekuatan/Intensiti berlari/jogging sangat bagus bagi pembakaran lemak (otot memerlukan tenaga pantas) sementara berjalan merupakan bahawa anda masih dalam latihan bersenam, tetapi ia digunakan sebagai "aktif rest" kerana ia agak mudah dan senang.

Anda boleh melakukannya di treadmill atau dikawasan luar rumah anda sahaja.

Cadangan saya :
Berjalan selama sekitar 30 saat pada suatu masadalam kadar perlahan /sederhana. Kemudian jogging/berlari agak pantas sedikit selama 15-20 saat. Jangan bimbang tentang kepantasan anda berlari... ianya dikira sekuat mana diri anda mampu melakukannya. Ini semua tentang intensiti...Lakukan senaman ini untuk jumlah keseluruhan 20 minit pada bila-bila masa dan ia dapat dilakukan dirumah.

Jadi, jika anda mengelakkan dari melakukan 3 kesalahan senaman diatas, buat sepertimana yang telah saya terangkan tadi.... nescaya masalah menghilangan berat badan dihujung jari anda sahaja.

p.s. Jika anda mempunyai masalah untuk melakukan senaman, itu bermakna anda memerlukan Dothemikross Personal Trainer untuk melatih, mengawal pergerakan anda dan membimbing anda tentang fitness.

You Are Not Alone..!
Dothemikross always here for you.

Copyright: RSHor And Dothemikross Team
Photos: Google Search

0 comments:

Post a Comment

Dance At Home With Ross Safina Hor. Burn Your Ugly Fat And Transform Your Body Now!

Do Not Forget To take Beautisleep And Protecur100 For Fast Results...
Music

Popular Posts - Must Read, Otherwise You Will Regret