Terlalu banyak konflik untuk mendapatkan perut yang kempis dan cantik atau six-pack abs, sehingga membuatkan kita keliru/bingung untuk menilai yang mana satukah benar-benar berkesan dan yang mana satukah tidak atau gimik/cerita dongeng sahaja untuk memasarkan produk yang berkaitan dengan pelangsingan bentuk badan dimana ia mengatakan "TIDAK PERLU BERSENAM DAN DIET". Kebenaranya akan saya huraikan satu persatu supaya anda tahu untuk menilai dan mendapatkan perut yang kempis, fit, seksi atau six-pack abs yang anda impikan selama ini.
Resepi senaman untuk perut yang kempis, fit dan seksi atau six-pack abs. Tiga jenis bahan-bahan utamanya yang perlu anda ketahui:
Jangan berfikiran sempit dimana anda inginkan perut yang cantik lalu dengan pantas anda fokus senaman perut sahaja setiap hari. Ia adalah satu kesalahan fitness yang dilakukan bagi mendapatkan keputusan yang baik. Jika
anda mempunyai perut yang buncit, besar, geleber dan berlemak, perkara yang UTAMA yang harus anda lakukan ialah membakar lemak dengan
melakukan senaman cardio memecahkan lemak(cardiovascular fat-burning exercises) seperti berlari, aerobics, menari, elliptical cardio, berenang, mendaki bukit, bersukan atau apa sahaja yang membuatkan tubuh kita bergerak dan berpeluh. Jika ingin mempercepatkan proses membakar lemak, senaman HIIT amat digalakkan dan anda pastikan kiraan denyutan jantung anda mencapai tahap memecah lemak. Masa yang diambil sekurang-kurangnya 30 min akan memberi keputusan yang cukup baik dan memuaskan hati anda tetapi jika anda mempunyai masa 1 ja
m adalah bahan terbaik untuk menjadikan resepi senaman lebih berperisa dan menyelerakan. Apabila anda telah berjaya memulakan senaman cardio ini sebagai rutin, barulah
anda boleh melakukan strength training seperti crunches, angkat kaki(berbaring), senaman gymball, abs weight machine training, ab-wheel, side bends dan berbagai-bagai lagi.
2.Bahan Rendah lemak, Kurang Manis(Rendah Gula).
Lemak selalunya banyak berkumpul dkeliling pinggang dan punggung selain dari bahagian lengan dan kaki. Untuk mendapatkan keputusan yan
g terbaik dalam senaman perut ini, anda
haruslah mengambil diet yang kurang lemak an gula seperti dairy products, telur terutamanya kuning telur, makanan yang berminyak, kopi(coffee), minuman bergula dan pemanis mulut. Anda perlu mengamalkan diet seperti daging yang padat tanpa lemak iaitu dada ayam tanpa kulit, lamb, ikan, daging lembu yang padat tanpa lemak, low-fat turk
ey. Sebaik-baiknya makanan ini dikukus, rebus atau panggang adalah digalakkan dari digoreng. Cuba elakkan dari mengambil FAST FOOD buat seketika. Olive oil adalah minyak yang sesuai digunakan dan makanan diet yang terbaik datang dari rumah sendiri bukannya dikedai diluar. Anda perlu mengambil sayur-sayuran, buahan-buahan, makanan yang berserat(fiber), makanan berprotin
tinggi dan tidak lupa juga vitamin atau supplement yang benar-benar membantu(Beautisleep, Protecur100, cereal dan lain-lain lagi).
3.Bahan Terakhir Adalah Waktu dan Masa:
Jangan terburu-buru untuk mendapatkan perut yang cantik. Ia tidak akan berlaku dalam sehari, atau pun seminggu. Ia akan mengambil masa s
edikit untuk membakar lemak degil. Jika senaman dilakukan dengan konsistensi dan mengamalkan diet yg betul, anda akan mendapat keputusan yang anda inginkan. Beri sedikit masa buat diri anda untuk mencapai matlamat dan keputusan yang terbaik serta mengembirakan hati anda. Anda juga harus bijak menukar rutin dan cara pemakanan anda dari masa ke semasa. Semuanya ini anda boleh pelajari di Online Gym Dothemikross - semua urusan menerusi komputer dan bersenam dirumah serta mempunyai jurulatih peribadi secara online.
Untuk mencapai impian anda dalam urusan fitness, adalah perlu fokus yang baik, masa yang diluangkan dan tenaga anda sendiri. Bahan-bahan diatas(resepi fitness) perlu disatukan untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Tidak ada perkara yang dapat menghalang anda untuk memiliki bentuk perut yang cantik, seksi, menarik atau six-pack abs, semuanya didalam tangan anda sendiri. Inilah KEBENARANNYA untuk mencapai impian anda!
Copyright : Ross Safina Hor (Rsi)
Photos: Google Search
2 comments:
salam,
memandangkan sekarang ni bulan puasa, apa types of cardio exercise yg sesuai?adakah dengan cara yg diberikan, masalah cellulite di bhgn thigh and punggung dpt dikurangkan?
cellulite di bhgn thigh and punggung?
Masalah yang anda hadapi ini adalah masalah yang selalu disuarakan oloh kebanyakan kaum wanita terutamanya yang mempunyai bentuk badan jenis pear.
Anda harus melakukan banyak senaman cardio dan senaman berat(weight training) untuk bahagian bawah. Kuarangkan pengambilan lemak, gula, cili dan minyak...insyaAllah maslah anda akan berkurangansedikit demi sedikit.
Post a Comment